Sunday, November 11, 2012

selamat bercuti ..........................................
harap pelajar Persatuan Pandu Puteri menjaga diri sepanjang  cuti sekolah.
Terima atas kerjasama ahli sepanjang aktiviti dijalankan sepanjang tahun 2012.

Tahun hadapan 2013 berjumpa semula.

pertolongan cemas CPR


lagu bertemu dan berpisah


logo persatuan pandu puteri


Thursday, June 28, 2012

Pertandingan Kawad Kaki


 PERTADINGAN KAWAD KAKI  SEMPENA HARI KOKURIKULUM SMKIF
29Jun 2012


Persiapan untuk Kawad kaki

Menunggu giliran masuk padang dengan penuh debaran

                                                                                                                                                                                                                 Bermula perjuangan digelanggang .





Peserta Kawad kaki yang hebat
horeeeeeeeeeeeeeeeeeeey selesai sudah perjuangan,

























Gerai Jualan sempena Hari Kokurikulum

Persiapan gerai

persiapan gerai




aktiviti jualan














Sunday, May 13, 2012

Aktiviti Membuat Coklat

                                                         mencairkan coklat secara double boiling

                                                         Memasukkan coklat ke dalam acuan





                                                                    mengoreng badam

                                              chef yang bertugas guru penasihat pandu puteri

                                                Hasilnya ummmmmmmmmmm sedapnya

                                       Sesi mencuba dan merasa coklat yang dihasilkan.
                                      yam yam  sedapnyaaaaaaaaa
                             Rasalah  jangan tengok saje rugiiiiiiiiiiiiiii makan satu nak lagiiiiiiiii



Aktiviti memasak coklat 8 mei 2012














Wednesday, April 4, 2012


Sejarah Penubuhan Persatuan Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Sejak tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok. Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.
Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti kepanduan relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.
PROGRAM KEPANDUAN yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :
Boleh dipercayai o Sentiasa taat dan setia
Suka menolong orang lain
Bersahabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
Sentiasa bersopan santun
Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
Sentiasa menurut perintah
Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
Sentiasa berjimat cermat
Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.
Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.

Piagam

Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa:

* Menyediakan latihan kepanduan yang berkualiti
* Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulin melalui Program Kepanduan
* Melahirkan ahli yang berkaliber
* Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni
* Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna
* Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran

Misi & Visi
Misi

Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.

Visi

PPPM bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. PPPM akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadikan pemimpin berwibawa hari esok.


Objektif

Objektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif.

Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga negara yang peka, berguna, bersih, cekap, amanah dan bertimbangrasa terhadap orang lain.

MATLAMAT PPPM 3

"Membina pakatan kerjasama bagi meningkatkan pengaruh dan peluang mengukuhkan dana persatuan"
Objektif 1
Menjadi rakan kerjasama lain-lain organisasi yang membantu wanita remaja dan dewasa
Objektif 2Agar bakal penderma dan penyokong persatuan memahami betapa besarnya faedah program kepanduan kepada wanita remaja dan dewasa
Objektif 3Menyokong penubuhan pakatan antara persatuan pandu puteri, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan-kerajaan di peringkat kebangsaan
Objektif 4Agar bekas ahli atau tokoh kepanduan memainkan peranan yang berkesan dalam memupuk semangat kepanduan dalam pembangunan wanita remaja dan dewasa
Objektif 5Mempelopori perjuangan wanita remaja dan dewasa
Objektif 6Membantu Persatuan Pandu Puteri Cawangan mengukuhkan dan memantapkan struktur dan pengurusan
Objektif 7Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan

Tuesday, April 3, 2012

Lagu salam salam


lagu taps


Lagu taps (malam)

MALAM DATANG, SIANG HILANG
DARI LAUT, DARI GUNUNG, DARI LANGIT
SEMUA SELAMAT, SIHAT REHAT
BERKAT  TUHAN.

DAY IS DONE, DONE THE SUN
FROM THE SEA, FROM THE HILLS
FROM THE SKY, ALL IS WELL
SAFETY REST, GOD IS NIGH.

lagu tap (siang)



TAPS SIANG ( DAY)

KAMI PUJI,NIKMAT DIBERI
MATAHARI,BINTANG-BINTANG
LANGIT BIRU, MANA PERGI
HIDUP KAMI, TUHAN SAKSI

THANKS  AND PRAISE, FOR OUR DAYS
NEATH THE SUN, NEATH THE STARS
NEATH THE SKY, AS WE GO
THIS WE KNOW,GOD IS NIGH

Gajet

                                                                          papan tanda
                                                                          Rak kasut
                                                                            Rak dapur
                                                                          Ampaian
                                                                      Penunjuk arah
                                                                                   rak
                                                                           Ikatan